11 Ogo 2007

GUNAKAN iTALK UNTUK LEBIH JIMAT DAN DAPAT LEBIH REBAT.

Salam sejahtera,

Pada kali ini saya inign berkongsi tip untuk membuat panggilan dengan lebih jimat. Anda mungkin sudah biasa menggunakan iTalk mobile jika telefon rumah anda adalah plan Home Prepaid. Saya sudah hampir empat tahun menggunakan iTalk untuk menambah nilai Home Prepaid saya. Ia lebih jimat dan mudah dikawal penggunaannya kerana ia boleh di tambah nilai dengan RM10, RM20, RM30 dan RM50. Kita boleh tetapkan penggunaan setiap bulan mengikut tambah nilai yang dimasukkan. Bayangkan kalau kita pakai plan biasa iaitu dengan membayar sewa bulanan dan juga penggunaan setiap bulan (tiada limit masa bercakap), kalau pengguna jenis 'kaki gayut' sudah tentu bil setiap bulan asyik meningkat!! Sakit kepala jika terpaksa mengeluarkan Rm400-RM700 sebulan untuk membayar bil. Bil atau reload untuk handphone lain lagi.
Tahukah anda, iTalk boleh digunakan dengan menggunakan handphone anda? Jadi untuk lebih jimat gunakanlah iTalk untuk menghubungi ahli keluarga yang jauh atau jika ingin berbual panjang dengan kawan-kawan atau orang tersayang di perantauan. Saya juga menggalakkan pekerja asing yang bekerja di Malaysia ni untuk menggunakan iTalk apabila menghubungi keluarga yang jauh. Anda tidak perlu bersusah payah pergi ke telefon awam untuk menggunakan iTalk. Anda cuma perlu mengaktifkan nombor handphone melalui SMS seperti berikut:

  1. Taip TEL REG
Pilihan Bahasa :BM- Bahasa Malaysia, ENG-English, MAN- Mandarin, TAM-Tamil

2. Hantar ke 019 3590082 atau 019 3590083.

Contoh: TEL REG 123456789012 0191234567 BM

3. Dail 1800 87 3636 atau 18000 87 3535 untuk membuat panggilan. Jika anda menggunakan handphone gunakan Missed Callback iaitu 1800 87 3636.

Anda boleh melayari http://www.tmonline.com.my/italk_mobile/sec-tips.html untuk info lebih lanjut.

Jika anda ingin mendapatkan iTalk mobile secara online atau melalui SMS, anda boleh mendaftar percuma di http://mastereload.biz/?mainah72. Anda boleh reload iTalk mobile anda 24 jam dan mendapat rebat pula tu! Belilah iTalk 'di kedai sendiri' untuk dapatkan rebat dan bonus setiap bulan.

Tiada ulasan: